Tuesday, November 24, 2009
at
Tuesday, November 24, 2009
Labels:
{
Life,
Sadness
}
Sempurna bukan?
Aku sedang mengharapkan sesuatu yang sempurna dalam hidup walaupun aku tahu perkataan sempurna itu tidak wujud sama sekali dalam kamus hidup umat manusia.I just missed the moment of the picture. And...
Of course, the blueberry topping.Blogging.Blogging.BloggingWassalamGod Bless
Saturday, November 21, 2009
at
Saturday, November 21, 2009
Labels:
{
Life
}
Jangan serik tolong orang.
Tadi aku pergi beli tisu 20 sen yang dah dipekkan 16 sekali. Baru seringgit lebih. Tak sampai dua ringgit. Bila fikir balik kalau kita bagi seringgit pada orang buta yang selalu datang ke meja-meja di kedai mamak tu memang kaya lah dia orang. Kita bagi seringgit dia bagi tisu 20 sen. Untung bukan main. Berganda juga.
Aku siap cakap siot betul diorang. Bunyi macam aku tak ikhlas. Aku pun memang tak perasan bila aku cakap macam tu. Sebab sebenarnya kita tak tahu pun dia orang tu buta ke tak sebenarnya.
Kalau aku ada duit lebih aku akan hulur seringgit pada siapa pun yang singgah ke meja. Kadang-kadang aku hulur sebab aku nak kesat hingus. Maggi goreng mamak tu pedas betul. Macam mana pun caranya, sekali kita bagi maksudnya kita ikhlas untuk tolong orang.
Yang kat atas tu saja yang tahu kita ni ikhlas ke tidak. Yang kat atas tu jugak lah yang tahu dia orang tu sebenarnya buta ke tidak. Dulu aku pernah terjumpa orang buta jalan pakai tongkat bukan main laju lintas jalan. Orang yang tak buta pun takut-takut. Kelakar. Rasa macam nak bentes je. Haha.
Jangan harapkan balasan bila tolong orang.
Kalau tak tahu bentes tu apa, sila tanya.
Blogging.Blogging.Blogging
Wassalam
God Bless
Monday, November 16, 2009
at
Monday, November 16, 2009
Labels:
{
Friends,
Life
}
Aku tak teragak-agak untuk klik butang ignore atau terus block orang yang aku tak suka dari add aku di dalam facebook. Lagi-lagi kalau orang tu pernah buat tahi sampai effect masa silam aku.
Walaupun benda dah basi tapi entah lah. Bukan nak dendam ke apa, cuma aku rasa baik lah aku tak tengok tak ambil tahu tak berhubungan langsung dengan orang yang macam ini. Aku tak peduli orang nak cakap aku sombong berlagak bongkak semua yang adik beradik dia tapi aku rasa aku ada hak untuk hidup lebih bahagia. Berhak untuk mengelakkan diri dari malapetaka.
Bagi aku backstabber adalah suatu malapetaka.
Berhenti add aku sebagai seorang rakan dalam facebook kau. Sebab kita bukan kawan. Dan kita juga bukan musuh. Cuma aku rasa tak perlu untuk kita terus berhubung walaupun kisah tiga tahun dulu aku dah lama maafkan.
Aku dah penat.
Salasiah, you will be missed.
Alhamdulillah, kau pergi tanpa meninggalkan sedikit pun duka dalam hati. I am happy for you. Selamat mengharungi dunia rumah tangga.
Blogging.Blogging.Blogging
Wassalam
God Bless
Thursday, November 12, 2009
at
Thursday, November 12, 2009
Labels:
{
Love
}
Tadi pergi lunch dengan Syfq, dia cakap dia rindu dekat aku.
Aku jawab dengan muka berlagak, "Saya tak rindu langsung dekat awak."
Syfq senyum.
Orang yang dah kenal lama dengan aku tahu aku memang keras hati. Syfq pun tahu.
Syfq cakap aku keras hati dan baik hati. Nak jaga hati memang lah.
Sebenarnya aku pun memang rindu dekat dia tapi aku sedang jaga elok-elok ego yang aku ada. Cool kan? Mintak-mintak lah Syfq tak baca entri ini.
Blogging.Blogging.Blogging
God Bless
Wassalam
Tuesday, November 10, 2009
at
Tuesday, November 10, 2009
Labels:
{
Life,
Rambler
}
Bangun pagi, jogging. Bertiga.
Sarapan. Roti canai. Teh o panas.
Buat kerja-kerja fotostat, beli paper clip, file, etc.
Balik.
Basuh baju, sidai, basuh, sidai. Mandi.
Borak-borak.
Buka laptop. Study mana patut. Ngantuk.
Lapar.
Study lagi sampai malam. Sampai termuntah.
Esok. Interview.
Hari yang penuh dengan ketakutan dan kegelisahan.
Malam ini confirm tak boleh lelap mata.
Aku percaya kalau ada rezeki tak ke mana. Kalau ada masa tolong lah doakan aku. Kalau tak tolong doakan aku dapat kerja pun, sekurang-kurangnya tolong doakan aku tidak gelabah, tidak panik dan tidak kelam kabut esok.
Kalau tak ada semua benda yang dibirukan itu, tandanya everything's going to be okay. InsyaAllah.
Blogging.Blogging.Blogging
Wassalam
God Bless
Saturday, November 7, 2009
at
Saturday, November 07, 2009
Labels:
{
Friends,
Life,
Palat,
Rambler
}
Memang orang cakap dia talam dua muka.
Memang orang banyak cakap yang negatif tentang dia. Walaupun memang ada yang negatif. Bila ada depan mata aku cuba abaikan. Sebab pada aku manusia boleh berubah. Bila orang cakap itu ini pasal dia aku diam dan hanya dengar. Sebab dia pun bukan rapat cium mulut pun. Setakat rapat cuit-cuit bahu saja. Jadi tak perlu masuk campur hal orang lain. Bila orang bercerita aku tahu. Bila tidak ketinggalan zaman lah aku.
Tapi bila kena batang hidung sendiri, depan baik bukan main. Pijak semut pun tak mati. Bila ada cakap belakang-belakang ini tak seronok lah sebab hubungan sebagai seorang kawan itu ada. Kenapa kena kutuk-kutuk kawan sendiri?
Beritahu aku apa yang hebatnya kau sampai kau pertikaikan hasil kerja orang lain? Kau siapa? Walaupun kau bukan cakap depan aku, aku tahu intonasi kau berbaur dengki yang amat. Setakat pendapat semua orang boleh terima tapi unsur riak kau tetap ada.
Rasanya tak perlulah aku nak menepek bangga ada kawan macam kau. Tak perlu. Tak perlu. Kat belakang aku apa yang kau kutuk aku, aku pun tak tahu. Mana taknya, kawan baik kau pun kau sibuk canang cerita. Baik aku jauhkan diri, baik kau tak payah datang dekat aku. Baik pergi sebab kalau kau datang tandanya kau tuang minyak dalam api yang kau cipta sendiri.
Mungkin suatu hari kau akan baca entri ini. Aku rasa bukan aku yang perlu meminta maaf minta diampunkan segala apa yang aku bebelkan dekat sini. Tapi kau yang perlu datang dan minta maaf. Bukan pada aku saja, termasuk semua kawan-kawan sekelas aku.
Amacam?
Kalau tak mahu datang minta maaf pun tak apa tapi berhenti lah cakap yang tidak-tidak pasal kawan-kawan sendiri. Jangan nanti semua orang tinggalkan kau. Orang yang macam ini bukan ingat pun apa yang keluar dari mulut. Maklumlah sempurna dunia akhirat (kot).
Blogging.Blogging.Blogging
Wassalam
God Bless
Wednesday, November 4, 2009
at
Wednesday, November 04, 2009
Labels:
{
Life,
Palat,
Rambler
}
Masing-masing ada cara tersendiri bila rasa nak menyendiri atau pun rasa tak mahu diganggu oleh sesiapa. Misalnya, pakai earphone dengar lagu kuat-kuat, jadi apa yang terjadi sekeliling tak mahu di ambil tahu. Ini sebenarnya cara yang aku praktikkan bila diri tak mahu diganggu oleh anasir yang tidak penting sama sekali dalam hidup.
Situasinya begini. Bila sampai di Puduraya petang tadi, orang tak lah terlalu ramai. Bukan hujung minggu kan. Tapi penjual tiket masih berteriak-teriak dahagakan sesuap nasi. Okay tak apalah. Itu cara mereka mencari rezeki. Aku akur. Nak marah pun tak boleh walaupun ada sedikit rasa rimas.
Nak dijadikan cerita ada seorang penjual tiket yang tegar (gila) mengikut bontot aku ke laluan tren. Aku buat tak kisah. Lagipun baik aku dengar Boom Boom Pow, dari dengar suara yang merayu-rayu konon macho. Aku pandang kiri, masih ada lagi sebelah aku. Entah apa yang dia merepek meraban. Sepatah haram aku tak dengar biji butir. Tegar kan? Lepas itu mungkin aku dengan tak sengaja terjeling mamat macho tu. Mungkin lah. Aku rasa memang ya. Jadi mamat tu pun panas aku rasa. Apa entah lagi yang dia bebel. Aku memang tak dengar langsung, cuma aku dengar ayat akhir dia saja.
"Awak ingat saya nak ngurat awak ke? Bodoh!"
Hati aku panas jugak. Tapi aku gelakkan dia dan aku terus blah dengan niat untuk menyakitkan hati mamat tu. Mula-mula ingat nak tunjuk berani bergaduh dengan mamat tu, tapi aku fikir dengan beg aku yang berat dan bila teringat sambal tumis udang mak aku. Baik aku diam je. Kang kalau bergaduh, sambal tumis udang ke mana, laptop ke mana, aku ke mana. Yang paling penting sambal tumis udang tu.
Lagi satu benda dalam hidup ni yang aku sedar, kita kadang-kadang tak ada niat pun nak kutuk orang sesuka hati. Kerja dia ke, latar belakang dia ke dan apa-apa sajalah pasal orang lain. Tapi bila jadi macam ni aku memang nak cakap lah, patut lah kerja jual tiket je. Dasar tak ada telur.
Bye. Mungkin kita akan berjumpa lagi pada musim hari raya haji nanti.
Fuck you.
Blogging.Blogging.Blogging
Wassalam
God Bless
Tuesday, November 3, 2009
at
Tuesday, November 03, 2009
Ada ke firm nak ambil kerja muka macam ni.
Tahu apa beza marah dengan kecil hati?Marah tu sekejap saja. Dapat maki-maki kejap lepas tu angkat jari tengah. Hilang dah marah. Tapi kalau kecil hati tu makan berhari juga. Sebab kecil hati ini lain. Kita akan rasa lain macam, kita akan diam dan berfikir realiti sebenar. Akhir sekali, nangis.Perempuan, keras mana pun aku, tetap akan rasa kecil hati. Yelah, perempuan macam aku ini bukan lembu.Kadang-kadang aku cuba buang semua benda mengarut untuk gembirakan diri sendiri konon. Tapi haram tak ada effect pun. Macam mana nak teruskan hidup kalau sentiasa ada yang suka menyakitkan dan mengecilkan hati? Mungkin hari ini hari kau, esok-esok bila hari aku siap lah kau.
*angkat kening*Jangan risau, aku okay. Okay dari semalam. Dah lah. Nak study. Nak hapuskan anasir-anasir busuk hati kat luar sana. Semoga berjaya kepada semua rakan-rakan universiti. You guys rock.
Ahad ini dah mula bergelar seorang penganggur.Blogging.Blogging.BloggingWassalamGod Bless
Thursday, October 29, 2009
at
Thursday, October 29, 2009
Resume dah kemaskini.
Takut pulak nak kerja. Takut pulak nak training.
"Ceh ceh ceh, dah nak habis belajar."
Syafiq, sekarang dah pandai menganjing I. Okay, fine baby.
Siang memang best briefing dengan 'Bro'. 'Bro' baik. 'Bro' memahami.
Tapi malam ada pulak yang tak best.
Duduk dalam bilik memang nyaman dan bersih dan kemas. Cuba keluar bilik. Tongkang pecah. Tahu tak? Pelik lah. Rumah I yang apartment mewah fully furnished tu dah tak macam rumah. Macam...entah.
Lain kali sebelum tidur kemas lah barang kau orang dulu ya housemate yang disayangi. Kita kan dah besar. Pandai-pandai lah fikir. Karang kalau tegur cakap nak bergaduh pulak.
Bunga konvo bersepah, beg bersepah, bakul kain bersepah, paper beg bersepah. Ini yang I susah nak cakap fine ni.
Nak tahu, semalam dua beg kesayangan I kena makan anai-anai. Kenyang sangat ke makan beg aku? Kan dah kena bunuh dengan I. Sambil bunuh sambil cakap, "Go to hell". Sadis. Nasib baik beg itu bukan beg kesayangan lagi.
Yang Sal sibuk bunuh cicak. Kelakar cicak tu mabuk. Nak panjat dinding pun terkial-kial. Lepas itu tengok Sal lepas geram hentak-hentak cicak dengan penyapu. Putus ekor. Kejam.
Dah lah. Nak cari rumah lain lah. Sengal. Tuan rumah pun sama. I cabut lampu tinggi tu nanti. (:
Blogging.Blogging.Blogging
Wassalam
God Bless