Memang orang cakap dia talam dua muka.
Memang orang banyak cakap yang negatif tentang dia. Walaupun memang ada yang negatif. Bila ada depan mata aku cuba abaikan. Sebab pada aku manusia boleh berubah. Bila orang cakap itu ini pasal dia aku diam dan hanya dengar. Sebab dia pun bukan rapat cium mulut pun. Setakat rapat cuit-cuit bahu saja. Jadi tak perlu masuk campur hal orang lain. Bila orang bercerita aku tahu. Bila tidak ketinggalan zaman lah aku.
Tapi bila kena batang hidung sendiri, depan baik bukan main. Pijak semut pun tak mati. Bila ada cakap belakang-belakang ini tak seronok lah sebab hubungan sebagai seorang kawan itu ada. Kenapa kena kutuk-kutuk kawan sendiri?
Beritahu aku apa yang hebatnya kau sampai kau pertikaikan hasil kerja orang lain? Kau siapa? Walaupun kau bukan cakap depan aku, aku tahu intonasi kau berbaur dengki yang amat. Setakat pendapat semua orang boleh terima tapi unsur riak kau tetap ada.
Rasanya tak perlulah aku nak menepek bangga ada kawan macam kau. Tak perlu. Tak perlu. Kat belakang aku apa yang kau kutuk aku, aku pun tak tahu. Mana taknya, kawan baik kau pun kau sibuk canang cerita. Baik aku jauhkan diri, baik kau tak payah datang dekat aku. Baik pergi sebab kalau kau datang tandanya kau tuang minyak dalam api yang kau cipta sendiri.
Mungkin suatu hari kau akan baca entri ini. Aku rasa bukan aku yang perlu meminta maaf minta diampunkan segala apa yang aku bebelkan dekat sini. Tapi kau yang perlu datang dan minta maaf. Bukan pada aku saja, termasuk semua kawan-kawan sekelas aku.
Amacam?
Kalau tak mahu datang minta maaf pun tak apa tapi berhenti lah cakap yang tidak-tidak pasal kawan-kawan sendiri. Jangan nanti semua orang tinggalkan kau. Orang yang macam ini bukan ingat pun apa yang keluar dari mulut. Maklumlah sempurna dunia akhirat (kot).
Blogging.Blogging.Blogging
Wassalam
God Bless





17 commentarios:
November 7, 2009 3:24 PM
malu ada kwn mcm gitu.
omg!
*may god bless you.*
November 7, 2009 3:32 PM
malu jugak.
*may god bless her*
November 7, 2009 3:35 PM
uits xpaham...nape aku yg kena tag?
ada pape yg xkena ke?
November 7, 2009 3:45 PM
hahah. ape la mek ko ni.
aku rasa korg lagi tahu kot pasal ni.
aku baru tahu arini.
hahaha. entri tu ada kene mengena dengan kita sekelas.
*entri bukan utk org yg ditag*
November 7, 2009 3:47 PM
hah yea ke...
pe nie xtaw..
cite laaa
November 7, 2009 3:49 PM
aku tau ade org pertiakai kan hasil keje bdk2 clas kite...dgr cite aweks "horman lebeh"..aku diam jela..sbb hasil keje aku mmg xseberapa :(
November 7, 2009 3:54 PM
yg pasal tu lah tu.
"hormon lebeh"? hahaha
mek, ko jgn sedih. seberapa ke tak seberapa ke, buat apa nak kutuk2 orang. macam bagus sangat je.
pastu depan aku bukan main baik. blkg aku serius aku tak sangka org yg kutuk kita semua tu dia.
November 7, 2009 3:56 PM
die ckp die bole BUAT LG BAGUS...huh
November 7, 2009 4:00 PM
tu la pasal. tu gak la yg aku dgr. konon
November 7, 2009 4:40 PM
kawan pijak kawan.. yeah..
aku ade ramai kawan cmni masa kolej.. semua jenis time susah je cr kawan and time senang lupa diri..
dah tu siap ada nak tikam dari belakang.. nasib aku sempat tepis.. terima kasih cikgu masikon kerana mengajarku silat pengantin...
well.. kita xkan lari dari bersahabat dan maka itulah juga kita xkan terlepas dr kawan2 cmni rupa...
sekian w'salam
November 7, 2009 5:44 PM
fuh! seb bek aku bkn kwn sekelas ko...
November 7, 2009 6:52 PM
tasha::hehhe...jgn kawan org mcm tuh..tpkan..merata2 ader org yg mcm tuh kan...haih..kengkadang we didnt notice..n we still back up dia..but then..biler terkene btg hidung sendiri..br lah terkial2
November 7, 2009 7:09 PM
asbesstoss : tapi aku rasa aku perlu lari dari bersahabat dengan orang yg mcm ni.
masz : hahah. kalau tak kau lagi berapi.
kak sue : tu lah kak sue. ni sbb dah terkena la. tu pun still nak buat baik lagi. sorry lah. heheh
November 7, 2009 7:25 PM
payah klu ada org cmni....ntah "TALAM JENIS APE" die gune ek?? aku pon nak tau gak...hahahah
tengok cam baik jerk...(baik ngan kita plak tu sha..) rupe2nye...adohai..
//tak tau la nak panggil kwn lg ke tak pasni.... //
November 7, 2009 7:30 PM
tengok macam baik. suka betul menepek ngan kita. muntah aku.
November 8, 2009 1:30 AM
talam ke dulang?.______. hahahaha nasib baik aku bukan budak kelas ko...hahahah
p/s: ^.^ oi....makan nasi arab dalam talam lagi sedap..hahah
November 8, 2009 12:26 PM
talam. dulang sblh unikl. haha
nasib baik. kalau tak nak ajak hentak.
p.s :bila nak mkn nasi arab dalam talam ni. hahha
Post a Comment